am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Juruterbang Malaysia yang ditahan di Jakarta berhubung siasatan penyeludupan dadah, masih dalam tahanan, selepas pihak berkuasa Indonesia melanjutkan tempoh penahanannya melebihi tempoh asal 60 hari.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkembangan terkini itu oleh Direktorat Jenayah Narkotik Polis Indonesia.
"Pihak polis (Malaysia) dimaklumkan oleh pihak berkuasa narkotik Indonesia. Kes ini masih dalam peringkat siasatan dan penilaian.
"Mereka melanjutkan tempoh reman (juruterbang) berkenaan," katanya ketika dihubungi.










/file/attachments/orphans/dsasaasdasd_211372.jpg)