mohdsyazwan@hmetro.com.my
Jakarta: Sembilan gol, tiada bolos dan tiga perlawanan yang menyaksikan keyakinan Harimau Malaya semakin meningkat, namun Stuart Wilkin menegaskan perjalanan skuad negara dalam Piala ASEAN FIFA 2026 belum selesai.
Pemain tengah Harimau Malaya itu mengakui pasukan kecewa kerana terlepas peluang ke final, tetapi pada masa sama bangga dengan apa yang sudah dipersembahkan dan kini mahu menjadikan perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam, Isnin ini, sebagai sasaran baharu.
"Kami bangga dengan apa yang sudah dicapai. Kami menjaringkan sembilan gol dalam kejohanan ini dan tidak bolos, jadi sukar untuk dipercayai kami tidak layak ke final.
"Sudah tentu kami kecewa, tetapi kami bangga dengan apa yang sudah kami capai," katanya.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/cf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg)