mohdsyazwan@hmetro.com.my

Jakarta: Belum reda daripada kekalahan 9-2 kepada Indonesia, kem Bangladesh kini berdepan kontroversi baharu apabila foto yang didakwa memaparkan dua pemain kebangsaan mereka, Saad Uddin dan Sohel Rana Jr, di sebuah kelab malam di Jakarta tular di media sosial.

Foto berkenaan dimuat naik seorang pengguna tempatan di platform X sebelum dipadamkan selepas mencetuskan kecaman penyokong Bangladesh yang kecewa dengan kekalahan besar pasukan mereka dalam aksi terakhir Kumpulan A Divisyen 1 Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Khamis lalu.

Saad dan Sohel menjadi perhatian selepas gambar yang didakwa memaparkan kedua-dua pemain berkenaan berada di H Club, Jakarta, tular di platform X.