puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi Osama Yamani, 25, meluahkan hasrat untuk membina nama dalam industri seni tanpa dibayangi bapanya yang juga penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah.
Menerusi hantaran di Threads, semalam, Osama berkata, dia mahu berdiri atas usaha sendiri meskipun menyedari laluan yang dipilihnya bakal berdepan pelbagai cabaran.
"Bukan apa, aku dah hidup lama atas nama Jamal Abdillah. Sebagai seniman, aku ada impian yang aku nak bina kerajaan sendiri, bukan masih dibayangi kerajaan ayahnya.
"Faham kan? Aku sebagai Osama, nak bina kerajaan sendiri, brand (jenama) sendiri. Atas nama aku dan usaha sendiri. Aku tahu jalan aku pilih ini 'struggle'," tulisnya.










