KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.68 mata atau 0.10 peratus kepada 1,601.26 daripada paras 1,599.58 ketika ditutup pada Selasa. Indeks penanda aras itu dibuka 3.83 mata lebih tinggi pada 1,603.41.

Sentimen pasaran secara meluas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 236 berbanding 81, manakala 224 kaunter tidak berubah, 2,320 kaunter tidak diniagakan dan 20 kaunter digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 154.28 juta unit bernilai RM67.68 juta.