KUALA LUMPUR: Sunway Healthcare Holdings Bhd (SHH) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) memeterai perjanjian usaha sama strategik bagi membangunkan hospital swasta pelbagai kepakaran berkapasiti 325 katil di Presint 7, Putrajaya.

Menerusi usaha sama itu, SHH akan memegang 60 peratus kepentingan, manakala baki 40 peratus dimiliki PjH.

Hospital yang akan dikenali sebagai Sunway Medical Centre Putrajaya itu disasarkan memulakan pembinaan pada suku keempat 2027 dan dijangka siap menjelang 2031.

Jadual pembangunan tertakluk pada kelulusan berkaitan dan pelaksanaan projek.