Hospital Putrajaya dicadangkan diberi nama Hospital Dr Hasmah. (Gambar fail)KUALA LUMPUR: Pembangkang mencadangkan Hospital Putrajaya dinamakan Hospital Dr Hasmah Ali bagi menghargai sumbangannya terhadap pembangunan kesihatan awam negara.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) akan merealisasikan cadangan itu jika diberi mandat memerintah negara.

“Kita boleh cadangkan. Kalau kerajaan (semasa) tak buat, lain kali kita buat,” kata Ahli Parlimen Larut ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Beliau menyokong cadangan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) supaya hospital itu dinamakan sempena isteri bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.