PETALING JAYA – Bakal menghidupkan watak ikonik Gusti Puteri Retno Dumilah menerusi pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), pelakon Mila Mohsin berharap persembahan lakonannya tidak dibandingkan dengan penyanyi, Aisha Retno.

Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin, 29, percaya setiap pelakon mempunyai pendekatan, warna dan tafsiran tersendiri dalam menghidupkan karakter berkenaan.

“Sudah tentu, asas watak Puteri akan kekal sama. Jalan cerita dan perjalanan emosinya masih berpaksikan kisah asal, begitu juga semangat serta elemen cinta dalam naskhah ini.

“Bagaimanapun, saya dan Aisha adalah dua individu berbeza, begitu juga pendekatan kami sebagai penghibur. Bagi saya, perkara itu sebenarnya menarik kerana penonton berpeluang melihat sisi berbeza daripada watak sama.