Buku Malaysian Indians: Impact and Pain: Narration of an Unending Saga of a Marginalised Community, dilancarkan pada 11 Okt.PETALING JAYA: Masyarakat India terpinggir, khususnya pekerja ladang, terus tercicir daripada program kerajaan yang bertujuan meningkatkan taraf hidup komuniti itu meskipun jutaan ringgit diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), dakwa seorang penulis.
Janakey Raman Manickam.Janakey Raman Manickam, 78, dalam buku terbarunya, Malaysian Indians: Impact and Pain: Narration of an Unending Saga of a Marginalised Community, mempersoalkan bagaimana Mitra boleh mendakwa telah meningkatkan taraf hidup masyarakat itu sedangkan ramai dalam kalangan mereka yang paling terdedah kepada kesusahan terus diketepikan.





