DAKWAAN kegiatan 'mafia korporat' mencabar lebih daripada ketelusan pasaran modal. Ia menyentuh keupayaan negara memastikan kuasa penguatkuasaan tidak diperdagangkan demi keuntungan peribadi.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat pada 20 Oktober, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meletakkan isu ini dalam kerangka tatakelola nasional, dengan jenayah korporat perlu ditangani melalui bukti, penyelarasan institusi dan tindakan undang-undang yang konsisten.
Pendekatan itu penting kerana salah laku korporat sering berlaku dalam jaringan hubungan kompleks antara penguasaan syarikat, transaksi saham, kewangan haram dan pengaruh pentadbiran.
Dalam ekonomi politik, keadaan apabila kepentingan tertentu mempengaruhi institusi awam demi manfaat sendiri disebut sebagai state capture.









