Muar: Seorang remaja lelaki antara empat individu yang ditahan selepas video memaparkan aksi 'superman' ketika menunggang motosikal secara berbahaya di lebuh raya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mereka yang berusia antara 17 hingga 20 tahun ditahan di Banting, Selangor, kelmarin.
Menurutnya, polis mengesan penularan video berdurasi 10 saat yang memaparkan aksi menunggang motosikal secara berbahaya sehingga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
"Siasatan mendapati aksi itu dilakukan di Kilometer 143, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Pagoh, pada 18 Oktober lalu.









