KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membelanjakan RM5 juta bagi menaik taraf kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta penumpang setiap bulan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata projek yang dilaksanakan secara berfasa sejak 2025 itu merangkumi empat komponen utama bagi meningkatkan keselesaan pengguna, selain menjadikan kawasan stesen lebih menarik dan mesra pengunjung.
"Komponen pertama membabitkan pembangunan kawasan sekitar Jalan Benteng, dinaik taraf sebagai tapak untuk disewakan kepada pengusaha kafe bagi mewujudkan tarikan baharu kepada pengunjung.
"Komponen kedua membabitkan usaha menghijaukan platform stesen menerusi penambahan tanaman bagi mewujudkan persekitaran lebih mesra alam dan selesa," katanya.









