KUALA LUMPUR: Sebanyak 7.6 juta rekod pengguna aplikasi navigasi Waze, termasuk di Malaysia, didakwa dicuri dan diiklankan untuk dijual di pasaran web gelap (dark web), sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi pengguna.

Laporan syarikat keselamatan siber, ClearPhish, mendakwa sebanyak 7,687,248 rekod pengguna terdedah kepada risiko penyalahgunaan, termasuk nama pengguna, pengecam unik (ID), data lokasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) dan sejarah perjalanan.

Sindiket dipercayai menghendap mangsa, menceroboh privasi dan menyamar menggunakan identiti pengguna, selain membina taktik penipuan bersasar berdasarkan corak perjalanan harian mereka.

Berdasarkan laporan itu, Malaysia melarang penjawat awam menggunakan aplikasi Waze yang didakwa berpangkalan di Israel kerana risiko kebocoran maklumat boleh mengancam keselamatan negara, khususnya lokasi strateg