BARCELONA: Barcelona berpeluang melebarkan jurang kepada sembilan mata di puncak La Liga apabila melayan kunjungan seteru tradisi, Real Madrid, dalam aksi El Clasico di Camp Nou, awal pagi Isnin ini.
Bagaimanapun, persiapan juara bertahan itu sedikit terganggu selepas tewas buat kali pertama musim ini apabila tunduk kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
Sebaliknya, Real hadir dengan momentum lebih baik selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut, termasuk membelasah RB Leipzig, semalam.
Skuad kendalian Hansi Flick kini mendahului Real yang berada di tangga ketiga dengan kelebihan enam mata.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F08%2F9696826bfa1a65ea079f75dc64e2efea.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
