"Malaysians asked to remove haze, government asking to remove Waze". Satu lagi berbunyi, "ask government to settle haze, they got rid of Waze". Tak tahu siapa yang mencipta ungkapan itu tetapi dia memang creative buat lawak sinis.
Ada rhyme 'haze' dengan 'Waze'. Kata-kata itu sudah mendapat tempat di pelbagai platform media sosial. Saya sendiri tersenyum lebar membacanya. Ini susulan tindakan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze berkuat kuasa serta-merta. Walaupun larangan membabitkan hanya kakitangan kerajaan, orang ramai turut digalakkan berhenti guna Waze.
Oleh kerana jerebu masih bersama kita, terciptalah jenaka sinis 'haze' dan 'waze' yang disebut tadi. Namun jika diambil kira alasan kerajaan, this is no laughing matter.





