PUTRAJAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (Prosignal) diarah memberikan penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi aplikasi navigasi tempatan, TuJu.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan susulan pelbagai isu dibangkitkan pengguna mengenai aplikasi navigasi itu selain mengenal pasti punca masalah dan langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan.
“Penjelasan itu perlu merangkumi aspek teknikal, status prestasi semasa aplikasi serta langkah penyelesaian dan proses penambahbaikan yang sedang atau akan dilaksanakan.








