PEKAN: Jururawat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan memalsukan 10 sijil sakit (MC) di sebuah klinik komuniti pada awal tahun ini.
Tertuduh, Zaleha Ismail, 55, mohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.
Dia didakwa memalsukan 10 sijil sakit yang kononnya dikeluarkan pegawai perubatan di Klinik Komuniti Kuala Pahang antara 1 Mac hingga 27 April tahun ini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.









