Pada 8 Okt lalu Kementerian Kesihatan mengumumkan akan melaksanakan kuota khusus bagi menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan berkhidmat di Sabah dan Sarawak.PETALING JAYA: Cadangan memperuntukkan 30% kuota latihan kepakaran kepada pegawai perubatan berkhidmat di Sabah dan Sarawak berpotensi membuka lebih banyak peluang perkembangan kerjaya doktor selain membantu memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Malaysia Timur.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr L Sivanaesan, berkata peluang latihan kepakaran antara pertimbangan penting bagi doktor ketika menentukan lokasi untuk berkhidmat.
Katanya, doktor perlu mempunyai keyakinan penempatan di Sabah dan Sarawak tidak akan menjejaskan perkembangan kerjaya mereka.







