LONDON: Tottenham Hotspur meraikan kemenangan 2-0 ke atas seteru London, Chelsea, di Stamford Bridge yang hanya kemenangan kedua mereka di gelanggang itu sejak era Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri Britain, dengan pengendali, pemain dan penyokong menganggapnya sebagai titik perubahan musim ini.
Anak buah Roberto De Zerbi sebelum ini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris sebelum menewaskan satu lagi pasukan bergelut, Coventry City, 3-1 di laman sendiri pada Isnin. Kemenangan awal pagi tadi melonjakkan Spurs ke tangga ke-12 sementara menunggu keputusan perlawanan lain hujung minggu ini.
Kelab utara London itu hanya menang sekali dalam 41 kunjungan terdahulu ke Chelsea dalam semua kejohanan, dengan rekod buruk itu bermula sejak Februari 1990 apabila Gary Lineker menjaringkan gol kemenangan.









