Kuala Lumpur: Kes permohonan komital membabitkan usahawan fesyen dan pempengaruh, Christy Ng serta prosiding terhadap pemandu lori Jabatan Imigresen (JIM) yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan tiga beranak antara kes mahkamah yang menjadi tumpuan mahkamah, minggu hadapan.

Christy dan syarikatnya Christy Ng Sdn Bhd selaku plaintif memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi terhadap J Vikneshvra Rau sebagai defendan.

Ia susulan dakwaan Vikneshvra gagal menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat satu halaman penuh dalam akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris seperti diarahkan mahkamah.

Justeru Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur menetapkan esok sebagai tarikh baharu bagi pendengaran permohonan itu selepas defendan gagal menghadirkan diri ke prosiding kes itu.