Jitra: Saingan Liga Kedah 2026 (Kedah League 2026) menutup tirainya dengan pasukan Jentayu FC muncul selaku juara selepas menewaskan Lone Jr FC 4-3 pada perlawanan akhir merebut Piala Datuk Zuraidi Rahim 2026 (Piala DZR 2026) yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), malam tadi.

Saingan anjuran Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK) dan Team DZR ini menyaksikan aksi final berlarutan hingga ke masa tambahan selepas kedua- dua pasukan terikat 2-2 dalam 90 minit perlawanan.

Begitupun, Jentayu FC lebih bertuah untuk muncul pemenang apabila berjaya meledak dua gol dalam masa tambahan untuk keluar selaku pemenang.

Hasil kemenangan Piala DZR ini, Jentayu FC berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000, sementara naib juara kejohanan iaitu Lone Jr FC menerima RM6,000.