Johor Bahru: Ketua jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mendedahkan kejayaan menjuarai Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 apabila barisan pemainnya mampu menyerap tekanan Pakistan pada aksi final Kejohanan Antarabangsa Bawah 21 tahun di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.
Nor Saiful berkata, memang tidak menjangka untuk menjuarai SOJC selepas kali terakihir pada 2011 namun kekentalan pemain muda yang mampu mengharungi setiap tanpa kalah apabila menang empat perlawanan dan termasuk final merupakan pencapaian membanggakan.
"Pada aksi final kita bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Pakistan 2-2 dan kemudian menerusi penentuan penalti shoot-out kita atasi mereka 4-3 dan semua kejayaan yang diraih apabila pemain dah tunjuk kematangan ketika beraksi dan mengikut strukur permainan yang kita arahkan.








