suliati@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Genap tiga bulan ibunya pergi buat selama-lamanya. Namun, bagi Alif Rosehaizad, 37, kehilangan itu masih terasa, terutama setiap kali dia melangkah masuk ke bilik yang menjadi sebahagian daripada hidupnya sepanjang empat tahun lalu.
Alif berkata, meskipun maknya yang dipanggil 'Chek' sudah tiada, adakalanya dia terasa rutin hariannya berjalan seperti biasa, seolah-olah 'syurganya' itu masih ada.
"Kadang-kadang kalau masuk ke bilik itu, saya cuba untuk tidak buat bising kerana takut mengejutkan mak. Tapi saya lupa mak sudah tiada.
"Sehingga kini, saya juga masih selalu duduk di bilik mak kerana sudah terbiasa menghabiskan masa di situ," katanya.










