KUALA LUMPUR: Lapangan terbang Subang, Ipoh dan Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan trafik penumpang antarabangsa tahun ke tahun pada September 2026 walaupun terdapat penurunan pergerakan penumpang secara keseluruhan di rangkaian lapangan terbang tempatan yang dikendalikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Menurut MAHB dalam kenyataan hari ini, rangkaian lapangan terbangnya di Malaysia mengendalikan 7.8 juta penumpang pada bulan berkenaan, menyusut 12 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
MAHB memaklumkan, trafik antarabangsa pula merosot 2.2 peratus kepada 4.3 juta penumpang, pergerakan domestik berkurangan 21.8 peratus kepada 3.4 juta penumpang manakala tiga lapangan terbang serantau itu mencatatkan peningkatan trafik antarabangsa.









