KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mempergiat usaha memperkukuh industri hiliran sektor agrikomoditi negara menerusi penghasilan produk bernilai tambah tinggi serta peluasan akses pasaran antarabangsa.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Dasar Agrikomoditi Negara 2021–2030 (DAKN2030), khususnya Teras Penjanaan Nilai dan Pembangunan Pasaran.

Beliau berkata, strategi berkenaan memberi tumpuan kepada pembangunan aplikasi baharu, kepelbagaian produk serta peningkatan kompleksiti produk bagi meningkatkan daya saing industri tempatan.

“Strategi ini turut disokong Teras Produktiviti yang menekankan pengukuhan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) serta penerapan teknologi,” katanya ketika sesi soal jawab me