KUALA LUMPUR: HCK Capital Group Bhd membuka galeri jualan bagi Hijauan Heights, pembangunan perbandaran bercampur-campur berstatus pegangan bebas seluas 35.26-ekar (14.26-hektar) di Semenyih, Selangor, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.3 bilion.
Dalam kenyataan hari ini, HCK Capital memaklumkan Hijauan Heights akan dibangunkan secara berperingkat bagi tempoh 2026 hingga 2033 dan menjadi sebahagian daripada siri 'Tech & Trees' kumpulan itu.
"Galeri jualan itu membolehkan orang ramai melihat previu konsep di sebalik perbandaran Hijauan Heights serta cadangan pembangunan fasa pertama menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan pada November 2026.
"Fasa awal iaitu Cendana merangkumi sebanyak 156 unit rumah bandar pintar tiga tingkat dengan GDV kira-kira RM108.67 juta," maklum kumpulan itu.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fwan1_257384.png&w=480&output=webp&q=85&we)