LARANGAN penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam ketika menjalankan tugas rasmi berikutan ancaman data memandangkan pengendali aplikasi itu mempunyai terma dengan Israel.

Ia sekali gus membuka ruang kepada pembangun aplikasi tempatan untuk 'mengambil alih' tempat Waze sebagai aplikasi navigasi yang dipercayai.

Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Ir Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) membolehkan data pergerakan dan lokasi dianalisis bagi mengenal pasti corak pergerakan individu, termasuk pegawai kerajaan yang menjadi sasaran tertentu. Menurutnya, kajian NACSA susulan pindaan terma penggunaan Waze pada 1 Ogos lalu mendapati data penggunaan aplikasi itu terikat kepada undang-undang Israel.