Cendekiawan Sharifah Munirah Alatas berkata mempelajari tamadun lain mampu pupuk identiti bersama, sesuatu yang kini masih kurang diterapkan di sekolah.PETALING JAYA: Seorang cendekiawan menyarankan sejarah rentas tamadun diperkenalkan di sekolah rendah, berkata langkah itu mampu memupuk semangat patriotisme, menyemai rasa bangga terhadap sejarah bersama negara, serta membendung ketiadaan toleransi dalam kalangan murid.
Menurut Sharifah Munirah Alatas, sejarah rentas tamadun memberi tumpuan kepada cara pelbagai budaya dan tamadun saling berinteraksi.
Beliau berkata, antara cara menyemai patriotisme dan rasa megah terhadap negara adalah dengan mempelajari tamadun lain serta identiti bersama yang dibina tamadun berkenaan, sambil menambah pendekatan sedemikian sebahagian besarnya masih tiada di sekolah rendah mahupun menengah.






