Kuala Lumpur: Samalaju, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan di negara ini yang merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem aIndeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Samalaju merekodkan bacaan IPU 151.

Sebanyak 42 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Bintulu, Serian, Sibu, Batu Muda, Kluang dan Kuching.

Selain itu, 25 lagi stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap baik termasuk Port Dickson, Limbang, Bandaraya Melaka, Tanah Merah dan Kemaman.