London: Bintang Sepanyol, Alexia Putellas membuktikan dirinya masih antara pemain terbaik dunia apabila meraih anugerah Ballon d'Or ketiga dalam kariernya, sekali gus melengkapkan kebangkitan selepas bergelut dengan kecederaan serius.
Pemain berusia 32 tahun itu menerima pengiktirafan berkenaan di London, awal pagi tadi selepas kembali mempamerkan prestasi cemerlang bersama Barcelona musim lalu.
Alexia sebelum ini memenangi anugerah pemain wanita terbaik dunia pada 2021 dan 2022 bersama Barcelona yang mendominasi bola sepak wanita Eropah.
Bagaimanapun, kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) ketika membuat persiapan membantu Sepanyol memburu kejuaraan Euro 2022 menjejaskan perjalanan kariernya ketika berada di kemuncak prestasi.






