IPOH – Demi bayaran antara RM500 hingga RM1,000, tiga remaja lelaki berusia 19 tahun sanggup merentas negeri dari Pulau Pinang ke Johor untuk melakukan perbuatan khianat dengan api dan menyimbah cat.

Bagaimanapun, kegiatan kumpulan yang dipercayai aktif sejak bulan lalu itu terbongkar selepas ketiga-tiga suspek diberkas polis dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di tiga lokasi