PETALING JAYA – Betamek Berhad (Betamek) melalui anak syarikatnya, Betamek Electronics (M) Sdn. Bhd. (Betamek Electronics) telah berjaya mengekalkan penarafan Tahap Daya Saing Pembekal (SCL) Tahap 5 susulan daripada susulan penilaian semula yang dijalankan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Betamek adalah pengilang reka bentuk asal (ODM) dan juga pemain utama dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) untuk sektor automotif dan perindustrian.

Penilaian semula itu telah membolehkan syarikat melanjutkan tempoh sah laku pensijilan SCL Tahap 5 Betamek Electronics dari 2026 hingga 2029, sekali gus mengesahkan kedudukan syarikat dalam kalangan pembekal automotif terkemuka Malaysia dan mengesahkan penjajarannya yang berterusan dengan piawaian operasi dan pembuatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.