KAMPALA – Seorang suspek pembunuh bersiri yang dituduh membunuh dan makan 38 orang di serata Uganda dalam tempoh 15 tahun kini berdepan hukuman mati, lapor laman web metro.uk. semalam

Mujurizi Moses dipercayai menjadi suspek pembunuh bersiri paling terkenal di Uganda. Dia, dituduh menceroboh masuk ke dalam rumah dan menyembelih seluruh keluarga dengan parang.

Dalam satu kenyataan semalam, pegawai polis tertinggi Uganda, Muhoozi Kainerugaba mengumumkan penangkapannya dengan mengeluarkan gambar suspek yang mengalami pendarahan pada bibir.

“Saya gembira untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa pasukan keselamatan telah menangkap Mujurizi Moses yang jahat. Pembunuh bersiri dan kanibal terburuk dalam sejarah Uganda.