BOGOTA (Colombia): Senator Flavio Bolsonaro mendahului dalam pilihan raya Presiden Brazil dengan memperoleh 49.58 peratus undi, mengatasi penyandang Presiden Luiz Inacio Lula da Silva yang meraih 42.25 peratus, menurut keputusan awal yang dikeluarkan Mahkamah Pilihan Raya Tinggi pada Ahad.

Angka itu berdasarkan 64.81 peratus undi yang dikira, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Proses penjumlahan undi bermula selepas pusat pengundian ditutup, manakala pengundi yang sudah beratur masih dibenarkan menunaikan tanggungjawab mengundi.

Lebih 158.7 juta pengundi layak mengambil bahagian dalam pilihan raya itu, yang turut membabitkan pemilihan gabenor, anggota Senat dan Dewan Rakyat.

Pilihan raya itu menyaksikan persaingan antara Lula, 80, dengan Flavio Bolsonaro, 45, yang juga anak sulung bekas Presiden, Jair Bolsonaro.