Oleh Dr Yuhanantini Gopal Kishnam

APABILA ibu atau bapa anda disahkan menghidap penyakit Alzheimer, pelbagai emosi boleh timbul.

Anda mungkin berasa sedih, takut, marah, atau tidak berupaya. Semua perasaan ini adalah biasa.

Dalam pertukaran peranan, anak mengambil alih tanggungjawab ibu bapa sebagai penjaga dan bermulalah suatu perjalanan yang penuh dengan kesabaran dan tanggungjawab.

Peralihan ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dengan persefahaman, sokongan dan empati, ia boleh menjadi satu pengalaman bermakna serta situasi yang mampu diurusi.