KUALA LUMPUR: Taktik penipuan kewangan kini berevolusi dengan kaedah yang lebih menjurus kepada manipulasi psikologi.

Menurut dapatan kajian persatuan industri telekomunikasi mudah alih global (GSMA) yang diterbitkan bulan lalu, taktik itu beralih daripada pemotongan wang tanpa kebenaran atau unauthorised charges kepada teknik pemujukan menerusi manipulasi psikologi atau social engineering.

Laporan GSMA 2026 merumuskan sindiket penipuan kini lebih cenderung memujuk dan memperdaya mangsa supaya memindahkan wang secara sukarela menerusi skim pelaburan palsu, penipuan e-dagang, tawaran pekerjaan tidak wujud serta aset kripto.

"Impak daripada peralihan taktik ini amat parah apabila 82 peratus daripada mangsa yang mengalami kerugian wang di rantau ASEAN gagal mendapatkan semula walau satu sen pun.