KUALA LUMPUR: Pelakon Imran Aqil kini lebih selektif menerima tawaran lakonan kerana mahu meneroka karakter berbeza yang mampu menguji kebolehannya, sekali gus mengelak daripada terus terikat dengan watak remaja dan pelajar sekolah.
Imran, 26, berkata, kebanyakan tawaran diterimanya setakat ini lebih tertumpu kepada karakter berwajah 'nerd' dan pelajar sekolah, membuatkan dia teringin mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan.
"Sekarang, saya agak selektif menerima tawaran berlakon kerana sudah mempunyai isteri dan mahu mencuba sesuatu yang berbeza.
"Kalau ikutkan, daripada 17 cerita yang saya lakonkan, separuh daripadanya berkisar mengenai budak-budak atau pelajar sekolah.








