KUALA LUMPUR: Autonomi pentadbiran Parlimen tidak boleh disalahertikan sebagai kebebasan daripada akauntabiliti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Parlimen tidak berada di atas Perlembagaan Persekutuan, manakala pegawainya tetap tertakluk kepada piawaian profesional dan wang awam perlu diurus dengan kawalan sewajarnya.
“Kebebasan Parlimen tidak boleh disalahertikan sebagai kebebasan daripada akauntabiliti. Perbezaan ini penting. Autonomi Parlimen tidak bermakna Parlimen berada di atas Perlembagaan,” tulisnya dalam rencana bertajuk “Perkhidmatan Parlimen: Memanfaatkan Kebebasan Parlimen demi Rakyat.”
Azalina berkata kejayaan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) tidak seharusnya dinilai semata-mata berdasarkan pewujudan kerangka pentadbiran baharu.








