Peningkatan peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada RM19.1 bilion berbanding RM18.6 bilion pada 2026 dalam Belanjawan Madani 2027 membuka ruang untuk memperkukuh kualiti pendidikan, kemudahan pembelajaran dan kesejahteraan mahasiswa.
Peruntukan ini juga selari dengan penekanan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir terhadap keperluan menaik taraf prasarana institusi, memperbaiki kemudahan penginapan serta memelihara kebajikan pelajar.
Namun, keberkesanan pelaburan pendidikan perlu dinilai bukan sahaja berdasarkan pembangunan fizikal, tetapi sejauh mana manfaatnya dapat dirasai oleh mahasiswa daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi.
Kebajikan Mahasiswa Antara inisiatif signifikan ialah kesinambungan Program Dapur Siswa Madani dengan peruntukan RM20 juta, termasuk peluasan pelaksanaannya ke politeknik dan institut pendidikan guru.









