Tidak seperti di Eropah, rasa tidak puas hati terhadap kos sara hidup di Malaysia masih terkawal, antaranya kerana kerajaan dilihat mendengar keresahan rakyat, kata penganalisis politik Syaza Shukri. (Gambar EPA Images) PETALING JAYA: Kelesuan politik serta keraguan sama ada demonstrasi mampu membawa perubahan mungkin menjadi antara sebab golongan muda di Malaysia tidak turun ke jalanan, walaupun mereka berdepan banyak masalah sama yang mencetuskan protes di Eropah, kata seorang ahli akademik.
Protes membabitkan golongan muda tercetus di beberapa negara seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal berhubung isu gaji rendah, harga rumah tidak mampu dimiliki, peningkatan kos sara hidup serta masalah pendidikan. Sebahagian demonstrasi itu turut bertukar ganas.





