Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP baharu, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail (kanan), Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, Perlis. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baharu, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail.
Istana Arau dalam kenyataan, berkata Raja Muda menzahirkan harapan pengalaman dan kepakaran tokoh korporat itu dapat membantu UniMAP memperluas hubungan strategik dengan industri.
"(Selain itu) meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh peranan universiti sebagai pemangkin pembangunan teknologi dan sosioekonomi negeri Perlis serta negara," katanya.





