KUALA LUMPUR: Kerajaan memperketat kawalan terhadap import sayur-sayuran terutama dari China bagi mengelakkan lambakan produk murah yang menjejaskan pendapatan pengusaha tempatan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Beliau berkata, langkah itu penting susulan persaingan harga apabila sayur import boleh dijual pada harga lebih rendah berbanding produk tempatan.
“Dari segi persaingan harga itu terutama sayur-sayuran, kita membuat Sijil Analisis Makmal (COA) iaitu kawalan yang tinggi terhadap sayur-sayur yang diimport terutama dari China kerana mereka boleh menjual dengan harga begitu murah dan mengganggu pengeluar sayuran tempatan,” katanya di Dewan Rakyat.






/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/11/a8128fae7be3df6d0458c549bf486f74.jpg)