SHAH ALAM: Selangor mencatat penyertaan tertinggi warga asing yang secara sukarela tampil mengikuti Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) dengan penyertaan 83,787 pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan kutipan RM42.61 juta setakat 30 September lalu.

Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin, berkata program itu memberi peluang kepada warga asing yang tinggal lebih masa atau melanggar syarat pas untuk pulang ke negara asal.

Jabatan Imigresen (Imigresen) Selangor menyediakan perkhidmatan PRM 2.0 di empat lokasi bagi memudahkan urusan peserta iaitu di Shah Alam, Pelabuhan Klang, Kelana Jaya dan Kajang.

"Hingga 30 September lalu, seramai 83,787 warga asing menyertai program ini di Selangor, jumlah tertinggi di Malaysia.