Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Thailand yang disabitkan atas kesalahan dadah terlepas hukuman sebatan selepas Mahkamah Tinggi, di sini, memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan lelaki itu berusia bawah 50 tahun iaitu had umur yang boleh dikenakan hukuman itu.

Hakim, Azlan Sulaiman turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengarahkan tertuduh, Mahyudin Ismail menjalani pemeriksaan perubatan bagi menentukan usianya tanpa terlebih dulu memaklumkan kepada peguam lelaki itu.

Beliau berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan usia sebenar Mahyudin kerana lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, walaupun bergantung kepada pemeriksaan pergigian forensik yang menganggarkan usianya 40 tahun.