KUALA LUMPUR: CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) menerima penetapan spektrum frekuensi 2,600MHz dan 900MHz daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan bayaran keseluruhan RM381.75 juta.

Penetapan itu membabitkan spektrum 2x20MHz dalam jalur frekuensi 2,600MHz untuk tempoh empat tahun dan 2x5MHz dalam jalur frekuensi 900MHz bagi tempoh lima tahun.

CelcomDigi dalam kenyataan berkata, penetapan itu diterima oleh anak syarikat milik penuhnya, CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CDTel), selepas menerima dan bersetuju dengan terma serta syarat Notis Anugerah MCMC pada 15 Oktober lalu.

CDTel turut menjelaskan keseluruhan komponen harga berjumlah RM381.75 juta pada tarikh sama susulan penerbitan Pakej Maklumat Permohonan (AIP) oleh MCMC pada 14 Ogos 2026.