Penganalisis berkata Umno sepatutnya menjawab persoalan mengenai kelemahan pengurusan TH namun tuntutan akauntabiliti tidak semestinya memengaruhi pilihan pengundi. PETALING JAYA: Isu salah urus Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka tidak memberi kesan besar kepada undi Melayu, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap Umno untuk membuktikan parti itu sudah berubah menjelang PRN Melaka, kata penganalisis.
Syaza Shukri. Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, Umno sepatutnya menjawab persoalan mengenai kelemahan pengurusan TH, namun tuntutan akauntabiliti tidak semestinya mempengaruhi pilihan pengundi.
“Pada tahap ini, Umno nampaknya tidak begitu mengambil berat untuk menampilkan dirinya sebagai parti yang sudah berubah, terutama ketika sokongan kelihatan beransur kembali,” katanya kepada FMT.









