MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick mengakui tidak terkejut masih diberikan peluang untuk mengemudi pasukan itu meskipun gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan berturut-turut.

Bekas pemain tengah England itu berpeluang untuk membalas kepercayaan diberikan pengurusan tertinggi United menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge malam ini.

Justeru, Carrick perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan dengan mencatat keputusan positif ketika bertemu The Blues, sekali gus mengembalikan semula United ke landasan yang diharapkan.

“Saya di sini hanya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab untuk pasukan, jadi saya tidak terkejut masih diberikan kepercayaan. Saya tidak memerlukan jaminan daripada sesiapa kerana saya layak berada di sini.