Calon BN, Ab Rauf Yusoh akan berentap menentang calon PH, Yunazri Mustamiri, pada PRN Melaka, 14 Nov.AYER KEROH: Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dalam misi mempertahankan Tanjung Bidara berdepan saingan Yunazri Mustamiri daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka 14 Nov.
Pencalonan mereka diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya DUN Tanjung Bidara, Saifuddin Abdul Karim, di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim Kompleks Japerun, Tanjung Bidara.
Saifuddin mengesahkan tiada calon yang ditolak selepas Rauf menyerahkan borang pencalonan pada 9.03 pagi, manakala Naziri pada 9.08 pagi.
Terdahulu, Presiden Umno Zahid Hamidi mengiringi Rauf ke pusat penamaan calon bersama Ketua BN Selangor Megat Zulkarnain Omardin dan timbalannya, Johan Abd Aziz.





