New York: Penumpang penerbangan Delta Airlines baru-baru ini diberi pilihan luar biasa untuk menentukan sama ada mahu penerbangan diteruskan mengikut jadual atau ditangguhkan sementara.
Semuanya gara-gara seekor anjing dikatakan kencing di dalam kabin hingga mengundang bau kurang menyenangkan.
Memetik NDTV, Kejadian di Lapangan Terbang LaGuardia, New York itu mencetuskan perdebatan dalam media sosial selepas video mengenainya dimuat naik yang menunjukkan penumpang mengangkat tangan untuk mengundi pilihan masing-masing.
Rakaman yang dikongsi hos televisyen, Jennifer Coffey di Instagram pada Isnin itu menunjukkan juruterbang keluar memaklumkan seekor anjing kencing dalam pesawat itu ketika penerbangan sebelumnya.









