SHAH ALAM - Pemergian sahabat baik akibat kemalangan jalan raya mendorong seorang lelaki menyertai program Infaq al-Quran sempena Jualan Gudang Karangkraf sebagai usaha menghadiahkan pahala sedekah jariah buat Allahyarham.Muhammad Imran Syakir Burhanuddin, 27, berkata, sumbangan itu diniatkan sebagai salah satu bentuk sedekah buat sahabatnya, Amirul Mukminin Muhammad Zain yang meninggal dunia awal tahun ini.Menurutnya, meskipun kehilangan itu sudah beberapa bulan berlalu, dia masih mengenang arwah dan berharap sumbangan dilakukan menjadi pahala berpanjangan buat sahabatnya.Mengulas mengenai pakej infak naskhah al-Quran bernilai RM50, Muhammad Imran berkata, tawaran itu amat berbaloi sekiranya sumbangan disalurkan kepada penerima tepat.Katanya, program seumpama itu wajar diteruskan bagi menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat melakukan kebaikan dan membantu golongan yang tidak berkemampuan."Sudah semestinya program macam ini perlu diteruskan, apa salahnya berbuat baik. Kita boleh menarik lebih ramai orang untuk bersedekah kepada mereka yang tidak berkemampuan."Saluran sumbangan yang betul juga mampu meningkatkan keyakinan masyarakat untuk menyertai program kebajikan seumpama ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Selain program Infaq Al-Quran, Jualan Gudang Karangkraf yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 9 November turut menawarkan promosi buku daripada pelbagai kategori pada harga serendah RM1.Pengurus Besar Jualan Grup Buku Karangkraf, Roziyana Omar berkata, buku terbaharu turut ditawarkan dengan diskaun antara 15 hingga 30 peratus manakala pembelian melebihi tiga naskhah membolehkan pelanggan menikmati potongan harga sehingga 30 peratus.Ujarnya, pembelian pakej kombo yang mengandungi tiga bahan bacaan menawarkan penjimatan antara 30 hingga 40 peratus berbanding harga asal."Pembelian secara kombo lebih menjimatkan. Kita ada kombo seperti Kombo Sebelum Berdua dan Kombo Ustaz Kazim yang sudah ditetapkan tajuk-tajuknya."Jadi, kalau beli tiga naskhah dalam kombo itu, harganya jauh lebih jimat berbanding beli secara berasingan," katanya.Roziyana berkata, pembelian al-Quran turut menikmati diskaun antara 15 hingga 20 peratus manakala pembelian secara pukal sebanyak 10 naskhah dan ke atas melayakkan pelanggan mendapat diskaun tambahan.Sementara itu, pelajar universiti awam, Muhamad Azfar 'Ilmi Mohd Ismail, 21, berkata, tawaran kombo pada harga lebih rendah menjadi antara tarikan pengunjung ke jualan gudang berkenaan.Katanya, dia mengetahui mengenai program itu menerusi aplikasi Instagram sekali, gus mengambil peluang mendapatkan buku yang diminatinya terutama kategori fiksyen dan Islamik.Seorang lagi pengunjung, Nur Izah Atirah Mat Isa, 27, yang bertugas sebagai pensyarah di universiti swasta berkata, kepelbagaian pilihan buku serta harga ditawarkan menarik perhatiannya untuk berkunjung selepas melihat promosi menerusi siaran langsung di TikTok.Menurutnya, dia membeli enam naskhah buku yang kebanyakannya karya
Pemergian sahabat baik dorong lelaki infak al-Quran di Jualan Gudang Karangkraf

Key takeaways
Seorang lelaki menyertai program Infaq al-Quran sempena Jualan Gudang Karangkraf untuk memberi pahala kepada sahabat baiknya yang meninggal.
- Muhammad Imran menyumbang RM50 untuk naskhah al-Quran sebagai sedekah untuk arwah sahabatnya.
- Program Infaq al-Quran dianggap berbaloi jika disalurkan kepada penerima yang tepat.
- Program kebajikan ini diharapkan dapat menggalakkan masyarakat berbuat baik dan membantu yang tidak berkemampuan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗









